Daripada Tsauban r.a berkata, Rasulullah bersabda
" Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumungi kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumungi talam hidangan mereka
Maka salah seorang bertanya : "Adakah kerana kami sedikit ketika itu? ''
Nabi s.a.w menjawab : "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih waktu banjir "
" Dan Allah akan mencabut rasa geram terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' ".
Seorang sahabat bertanya:
" Apakah 'Wahan' itu hai Rasulullah?".
Nabi lalu menjawab :
"Cinta pada dunia dan takut akan mati".
hadis riwayat Abu Daud.
"Islam Sebenar Harus Kembali"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: